Maizawati (Bekas Isteri Akhil Hayy) : Wakil Sabah Mrs Beauty Malaysia 2010
Maizawati Mewakili Sabah dalam Mrs Beauty Malaysia 2010
Gambar Maizawati Mewakili Sabah dalam Mrs Beauty Malaysia 2010
BINTANG Bollywood terkenal, Salman Khan, Hrithik Roshan dan Shakti Kapoor dijangka akan menghadiri malam kemuncak
Mrs Beauty Malaysia 2010 pada jam 7 malam ini, di Dewan Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya.
Menariknya, Shakti yang lebih dikenali sebagai pelakon komedi dan antagonis telah berlakon puluhan filem seperti
Har Dil Jo Pyar Karega, Hum Saath-Saath Hain, Haan Maine Bhi Pyaar Kiya dan
Ek Rishtaa, juga dijemput sebagai pengacara majlis pada malam itu.
Seramai 14 peserta yang akan bertanding dalam pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010 itu meliputi pelbagai bangsa Melayu, Cina dan India. Menariknya, pertandingan ini turut disertai oleh tiga wanita bertudung di mana salah seorangnya adalah bekas isteri penyanyi dan penceramah Akhil Hayy, Maizawati Zainal mewakili negeri Sabah.
Pertandingan anjuran MBQ World Sdn Bhd itu ingin mencari bakat dan model baru untuk menyerlah potensi secara menyeluruh dalam bidang fesyen dan kecantikan, komersial TV dan radio, medium pengiklanan lain termasuk lakonan dan nyanyian.
Menariknya, juara yang menempah gelaran
Mrs Beauty Malaysia 2010 akan berpeluang mara ke pertandingan
Mrs Beauty World 2010 yang akan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat. Juara juga akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, pakaian, kasut dan mahkota.
Pertandingan itu terbuka kepada wanita yang telah berkahwin, berusia 21 tahun ke atas dan berwarganegara Malaysia. Mereka perlu mewakili negeri sendiri atau negeri suami masing-masing.
Menurut Presiden MBQ World, Datuk Molly Malakias Yoshioka, penganjur menetapkan para peserta tidak memakai bikini, pakaian renang atau kostum yang jarang.
Panel juri profesional dari Malaysia dan antarabangsa akan menilai peserta dari segi persembahan, pidato umum, temubual, personaliti, bakat, kerja amal dan penampilan.
-mStar
tags: maizawati ikut mrs beauty malaysia 2010, mrs beauty malaysia 2010, maizawati akhil hayy mrs beauty malaysia 2010, gambar maizawati zainal mrs beauty 2010, maizawati 2010 mrs beauty malaysia 2010.